Banjir: Tidak Perlu Ganti Hari Persekolahan

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 4:28 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Sekolah yang ditutup akibat banjir tidak perlu mengganti hari persekolahan kerana ia dianggap sebagai Cuti Darurat Kecemasan Banjir, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata sebanyak 72 sekolah di Kelantan dan Terengganu ditutup akibat banjir.Daripada jumlah itu, 38 sekolah turut dijadikan usat Pemindahan Sementara (PPS), katanya kepada pemberita semasa melawat Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong di sini yang dijadikan PPS.

Mahdzir berkata kira-kira 15,000 pelajar di Kelantan dan Terengganu terjejas akibat bencana banjir yang berlaku sejak Ahad lepas dan berdasarkan keadaan cuaca yang baik, sekolah yang ditutup itu mungkin boleh dibuka semula minggu hadapan.

Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri di dua negeri terbabit perlu membuat laporan segera untuk proses membaik pulih perabot, kerusi meja serta alat pendawaian sekolah yang rosak.

"Kementerian akan memberi peruntukan segera bagi membaiki segala kerosakan yang dialami," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mahdzir Khalid

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan