Aktivis Mohd Fahmi Reza Dilarang Ke Luar Negara

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 10:28 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin mendakwa dia telah disenarai hitam daripada meninggalkan negara ini.

Menerusi entri di laman Facebooknya, Fahmi memberitahu dia memeriksa status imigresen sebelum ke Taiwan minggu depan.

Fahmi yang telah di senarai hitam ke Sarawak sejak 2010 berkata, mesej di laman web Jabatan Imigresen menggesanya untuk merujuk kepada pejabat yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

Menurut Fahmi, kecuali memasuki Sarawak, dia tidak menghadapi sebarang masalah meninggalkan negara sebelum ini dan telah pun melawat Thailand pada Mei lalu.

Katanya, selepas memeriksa dengan pejabat imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Pudu Sentral, dia telah diminta untuk merujuk namanya di ibu pejabat jabatan itu di Putrajaya bagi memastika sama ada larangan tersebut hanya untuk di Sarawak ataupun ke luar negara.

Fahmi berkata, dia menghubungi pejabat imigresen di Putrajaya dan diberitahu bahawa telah dihalang daripada meninggalkan negara ini sejak 31 Mac 2016,  selepas Bukit Aman mengemukakan namanya untuk disenarai hitam.

Jelasnya,  pegawai penyiasat di Bukit Aman memberitahu bahawa namanya telah dikemukakan oleh seseorang pegawai berpangkat inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial berikutan siasatan ke atas 'tweet'  yang dimuat naik oleh Fahmi di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) pada Mac lepas.

"Saya tidak faham mengapa dia (inspektor) berbuat demikian. Saya memberi kerjasama setiap kali dipanggil polis untuk memberi keterangan," katanya, sambil menambah bahawa dia telah pun berdepan dengan dakwaan kerana melukis karikatur poster badut Perdana Menteri sebelum ini.

Fahmi berkata, dia telah diminta untuk mendapatkan penjelasan daripada inspektor tersebut dan memohon bagi mengeluarkan namanya daripada senarai hitam.

"Doakan kejayaan saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan