Pekerja Asing Punca Wabak Malaria Pos Kemar

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 10:27 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Wabak malaria yang melanda Pos Kemar, Gerik bermula November lalu dipercayai berpunca daripada warga asing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon percaya buruh binaan di tapak projek sekolah di kawasan berkenaan adalah pembawa parasit itu.

"Pos Kemar bebas daripada wabak malaria selama tiga tahun sebelum ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelan Tindakan Kesihatan Alam Sekitar Perak di sini, Selasa.

"Banyak pergerakan di kalangan pekerja asing yang keluar dan masuk ke kampung berdekatan.

"Kami gesa majikan terlibat untuk menjalankan pemeriksaan terhadap pekerja mereka bagi mengelak jangkitan kepada rakan sekerja," katanya.

Dr Mah berkata, wabak malaria di kawasan it yang bermula pertengahan November lalu itu bagaimanapun telah tamat pada 28 Disember lalu.

Katanya, kes terakhir yang dikesan adalah pada 21 Disember lalu dan pegawai kesihatan masih menjalankan pemantauan terhadap pesakit berkenaan.

"Kira-kira 67 peratus penduduk kampung telah menjalani ujian darah dan hasilnya didapati tiada kes baharu.

"Pegawai kesihatan akan terus melawat perkampungan berkenaan dan memeriksa jika masih ada penduduk yang mengalami tanda-tanda menghidap malaria.

"Bagi penduduk yang mengalami demam berterusan, ujian darah akan dijalankan," katanya.


Tags / Kata Kunci: malaria , Pos Kemar

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan