Siasatan MPK Diketuai Pengarah Yang Tiada Kaitan Dengan Insiden Bunga Api

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 6:29 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Siasatan dalaman oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengenai insiden bunga api meletup ketika sambutan ambang tahun baharu 2017 di Klang, diketuai pengarah jabatan yang langsung tidak terlibat dalam isu berkenaan.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ean Yong Hian Wah meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menunggu sehingga siasatan terhadap insiden itu selesai.

Beliau berkata demikian kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp ketika ditanya mengapa kerajaan negeri tidak melantik pihak ketiga untuk menyiasat kes itu, sebaliknya membenarkan MPK melakukan siasatan dalaman sedangkan mereka adalah penganjur program. 

Dalam kejadian pukul 12.05 pagi di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, itu, seramai 16 individu terdiri daripada 12 orang dewasa dan empat kanak-kanak cedera selepas bunga api yang dipasang menuju ke arah penonton dan meletup. 

Pertunjukan bunga api itu diadakan bersempena dengan Fiesta Gegar Klang 2016 anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Dis sehingga 1 Jan lepas di kompleks berkenaan.

Dalam pada itu, Ean Yong berkata, pegawai yang terlibat dalam isu tersebut diarah untuk mengambil cuti mulai SElasa sehingga 31 Januari ini sementara menunggu laporan penyiasatan. Namun beliau enggan mendedahkan identiti serta jawatan pegawai terbabit atas alasan MPK masih menyiasat insiden berkenaan. 

Terdahulu, Ean Yong dalam satu kenyataan berasingan berkata siasatan awal oleh Jawatankuasa Penyiasatan MPK mendapati pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tidak pernah meluluskan pertunjukan bunga api dalam program Fiesta Gegar Klang 2016.

Justeru, katanya, pertunjukan bunga api itu bukan satu daripada komponen atau pertunjukan dalam program berkenaan.

Bagaimanapun, MPK dalam laman web rasminya sebelum ini memaparkan poster serta makluman mengenai penganjuran fiesta berkenaan di ruangan pengumuman dengan tajuk 'MPK anjur Fiesta Gegar Klang 2016'. 

Terdapat maklumat pada poster itu yang menyatakan pertunjukan bunga api merupakan antara acara menarik pada fiesta berkenaan selain jualan gerai; food truck; persembahan badut; persembahan motosikal; senamrobik perdana dan kayuhan santai basikal. 

Namun, usaha untuk mencari semula paparan poster dan makluman itu di laman web rasmi MPK pada Rabu gagal.

Tags / Kata Kunci: Bungai Api , MPK

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan