Banjir: Beri Kerjasama Kepada Pasukan Keselamatan - Najib

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 6:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua pihak memberi kerjasama kepada anggota keselamatan yang bertugas membantu dan memindahkan mangsa banjir.

"Semoga Allah SWT permudahkan dan beri kekuatan untuk harungi musibah ini, Insya-Allah," kata Perdana Menteri di laman Facebook dan Twitternya pada Rabu.

Beliau yang sudah mendapat laporan terkini mengenai keadaan banjir di Pantai Timur, iaitu di Kelantan dan Terengganu, berkata agensi kerajaan telahpun mengambil pelbagai langkah untuk membantu mangsa banjir, dan juga memastikan keselamatan mereka.

Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin bertambah buruk berikutan musim Monsun Timur Laut, dengan hampir 23,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan setakat tengah hari Rabu.

Selain itu, 135 orang daripada 27 keluarga daripada 10 kampung di utara Sabah turut dipindahkan ke tempat selamat di Kampung Rukom Ulu dekat Pitas berikutan hujan berterusan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Razak , Banjir

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan