Banjir Kelantan: Jumlah Mangsa Meningkat 12,400 Orang

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 10:27 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 12,400 orang daripada 4,211 keluarga setakat 9 malam berbanding 11,245 orang daripada 3,696 keluarga petang Rabu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Hussin, berkata sebanyak 62 pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan mangsa banjir berkenaan di lapan jajahan di negeri ini.

Jumlah mangsa teramai ialah di jajahan Pasir Mas iaitu seramai 8,679 orang daripada 3,131 keluarga yang ditempatkan di 34 pusat pemindahan, diikuti jajahanTumpat dengan 1,592 orang (519 keluarga) di empat pusat pemindahan manakala seramai 719 orang (181 keluarga) di lima pusat pemindahan di Kota Bharu, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata di jajahan Tanah Merah kini terdapat 299 orang (75 keluarga) ditempatkan di enam pusat pemindahan, 98 orang (23 keluarga ) di tiga pusat pemindahan di Kuala Krai, 539 orang (152 keluarga) di tiga pusat pemindahan di Pasir Puteh, 364 orang (102 keluarga) di enam pusat pemindahan di Machang dan 110 orang (28 keluarga) di sebuah pusat pemindahan di Bachok.

Zainuddin berkata jumlah mangsa banjir di jajahan Tumpat dijangka terus meningkat berikutan air dari kawasan hulu Sungai Golok sedang mengalir kejajahan itu.

Dalam pada itu, hanya paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya pada sembilan meter namun menunjukkan trend penurunan setakat 9 malam ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri dihttp://ebanjir.kelantan.gov.my.

Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang 10.29 meter(m) berbanding 10.31m petang Rabu. 

Sungai Kelantan dengan bacaan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pada 15.92m berbanding 16.43m petang tadi (paras bahaya 16m) manakala Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai mencatatkan penurunan pada paras 20.81m berbanding21.29m petang tadi (paras bahaya 25m).

Paras air Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang pula susut kepada 27.42m berbanding 27.87m petang (paras bahaya 35m). -Bernama

Tags / Kata Kunci: Banjir Kelantan , Meningkat

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan