Malaria: Pos Kemar Akan Terus Dipantau - Dr S.Subramaniam

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 9:34 PM

Pesakit Orang Asli menerima rawatan selepas dijangkiti penyakit malaria di Hospital Gerik November lalu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan terus memantau Pos Kemar, sebuah penempatan Orang Asli di Hulu Perak selama dua bulan sebelum dapat mengisytiharkannya bebas daripada wabak malaria.

Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata pihaknya yakin wabak malaria dapat dikawal selepas 139 kes dikesan dan pesakit sedang dirawat selama dua minggu untuk membunuh plasmodium, sejenis parasit yang menyebabkan malaria.

Katanya kejadian wabak malaria dari spesis Plasmodium Vivax mula dikesan di Pos Kemar pada 16 November lepas, dan kementerian telah melakukan aktiviti pemeriksaan darah beramai-ramai di 17 kampung di Pos Kemar.

"Sejumlah 3,967 slaid darah telah diambil dan diperiksa dalam pusingan pertama dari 17 November hingga 20 Disember. Pada pusingan kedua, sejumlah 1,729 diperiksa dan mendapati sebanyak 139 kes dikesan positif malaria. Kita akan terus menjalankan saringan malaria termasuk mengambil sampel darah untuk memastikan wabak tersebut tidak berulang," katanya dalam satu sidang media di kementeriannya dpada Rabu.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata sebanyak lapan kes wabak malaria telah dikesan di Pos Poi, satu lagi kawasan penempatan Orang Asli di Hulu Perak, bermula 22 Dis lepas.

"Aktiviti kawalan vektor di Pos Poi telah dilaksanakan di semua 168 buah rumah di penempatan ini melibatkan kawalan semburan dengan racun pembunuh nyamuk, pemberian kelambu kepada semua penduduk dan aktiviti menghapuskan jentik-jentik' bagi mencegah pembiakan nyamuk Anopheles," katanya.

Menurutnya, kedua-dua insiden di dua penempatan Orang Asli itu disyaki berpunca daripada kehadiran warga asing yang membawa parasit malaria.

Mengulas mengenai dua kes kecuaian berkhatan yang dilaporkan, Dr Subramaniam berkata beliau telah mengarahkan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menyiasat dua kes terbabit terutama dari segi profesionalisme pihak terlibat manakala Bahagian Amalan Perubatan kementerian pula melihat dari aspek kelengkapan klinik dan kemudahan yang disediakan.

Pada 15 Disember lalu, kepala zakar seorang budak lelaki ber­usia sembilan tahun terputus semasa prosedur berkhatan yang melibatkan penggunaan gunting di sebuah klinik swasta di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Lima hari kemudian, seorang budak lelaki berumur 10 tahun telah dirujuk ke HKL akibat kecuaian ketika proses berkhatan menggunakan kaedah ‘diathermy’ di sebuah klinik swasta di Cheras.

Dr Subramaniam berkata walaupun semua doktor yang berkelayakan boleh melakukan prosedur berkhatan namun mereka perlu melatih diri semula sebelum membuat prosedur berkenaan jika sudah lama tidak melakukannya.

"Sekiranya tidak melakukan prosedur itu untuk bertahun-tahun, janganlah membuatnya sebaliknya merujuk kepada doktor yang melakukan secara konsisten. Oleh itu, jika seseorang pakar tidak melakukan prosedur itu dalam satu jangka masa, maka dia perlu melatih semula diri sebelum membuat pembedahan,"katanya. -Bernama

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan