Kanak-Kanak Perempuan Lemas Selepas Tergelincir Dalam Tali Air Di Pasir Mas

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Seorang kanak-kanak perempuan lemas selepas tergelincir dalam tali air di Kampung Bemban, Kangkong di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata dalam kejadian 4.45 petang itu, Aumuni Abdul Rahman, 8, bersama ibunya, Zarina Seman, 35, ke tali air tersebut untuk melihat air sebelum mangsa tergelincir ke dalam tali air itu.

"Ibunya yang melihat kejadian itu segera meminta pertolongan penduduk untuk menyelamatkan anaknya dan mangsa ditemukan lemas berdekatan tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu. 

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini, untuk bedah siasat.

Sementara itu, di TUMPAT, operasi mencari seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Laut semalam, masih diteruskan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata operasi mencari itu melibatkan anggota pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Persatuan Nelayan Kampung Laut.

Katanya pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan remaja itu, Wan Rostam Danaeil Wan Roszan pada 5.34 petang semalam.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Pasir Mas , Kampung Bemban

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan