Hampir 23,000 Mangsa Banjir Di Kelantan, Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 4:23 PM

Beberapa kenderaan terpaksa mengharungi air banjir di Jalan Pekan Rantau Panjang-Pasir Mas pada 4 Januari 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di negeri-negeri pantai Timur iaitu di Terengganu dan Kelantan semakin bertambah buruk dengan hampir 23,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan setakat tengah hari Rabu.

Banjir yang disebabkan hujan lebat semalaman juga melanda 10 kampung di utara Sabah dengan 135 orang daripada 27 keluarga dipindahkan ke tempat selamat di Kampung Rukom Ulu dekat Pitas.

Sejumlah 12,910 penduduk daripada 3,550 keluarga terjejas akibat banjir di  Terengganu dengan 139 pusat pemindahan kini beroperasi.

Di Kelantan, keadaan banjir turut menjejaskan 10,041 orang daripada 3,334 keluarga dengan 74 pusat pemindahan dibuka.

Terengganu dan Kelantan masing-masing mempunyai 10,734 dan 8,640 mangsa banjir pagi Rabu.

Keadaan banjir yang semakin buruk memaksa 63 sekolah ditutup di Terengganu hari ini, yang melibatkan 16,938 murid dan 1,949 guru.

"Pada mulanya pihak kami berhasrat untuk menutup 24 sekolah namun hujan lebat semalaman menyebabkan jalan masuk ke 39 sekolah yang lain telah terhalang atau dilanda banjir, kata Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin.

Pada Selasa, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan berkata penutupan 48 sekolah di negeri itu melibatkan 15,084 murid.

Orang ramai terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk sampai ke tempat kerja, dengan satu kes menyaksikan 50 kakitangan Hospital Hulu Terengganu meredah air banjir dengan menaiki jentolak.

Di Sabah, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata 10 kampung yang dilanda banjir adalah Kampung Bilangau Besar, Kampung Rukom Ulu, Kampung Sinasak Batu, Kampung Sibaung, Kampung Kusilad dan Kampung Pandan Mendamai.

Kampung yang lain adalah Kampung Salimpodon Darat, Kampung Pinggan-Pinggan, Kampung Indah dan Kampung Dandun. - BANJIR

Tags / Kata Kunci: Banjir , Kelantan , Terengganu

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan