Banjir: Ibu Bekorban Demi Anak

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 6:21 PM

Penduduk Kampung Lubuk Periuk menggunakan jentera berat untuk berulang alik dari rumah mereka ke pusat pemindahan ekoran banjir yang melanda kampung itu 4 Januari 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA BERANG: Demi keselamatan anak yang dikasihi, seorang ibu sanggup mendukung anaknya seberat 30 kilogram dan menghidapi sakit saraf mengharungi banjir ke pusat pemindahan.

Tina Abd Ghani, 36, yang juga ibu tunggal berkata beliau mendukung Danish Amjad Khairul Hasrizal, 10, sejauh 50 meter ke pusat pemindahan Menerong, di sini.

Ketika banjir berlaku, beliau yang bertugas sebagai pembantu perawatan kesihatan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Klinik Kesihatan Kuala pada 7 pagi dan berpatah balik ke rumah sebaik mendapati air semakin naik di laluan utama.

Katanya Danish Amjad yang tidak mampu bergerak itu dijaga ibunya Jijah Said, 60, di kediaman mereka di Kampung Felcra Gunung Menerong, di sini.

"Ketika itu air mula memenuhi kawasan rumah dan saya tidak berfikir panjang, terus menukar uniform kerja sebelum memindahkan mereka ke pusat pemindahan Menerong.

"Saya mendukung anak meredah banjir berserta hujan. Ketika itu yang saya hanya fikirkan untuk menyelamatkan mereka sahaja.

"Selagi terdaya saya akan pikul anak saya walau beratnya mencecah lebih daripada 30 kilogram," katanya ketika ditemui Bernama, di sini pada Rabu.

Sementara itu di Besut, rata-rata penduduk menganggap kejadian banjir kali ini agak luar biasa dan lebih teruk berbanding 2014.

Sesetengah kawasan yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini juga terjejas malah tinjauan Bernama mendapati semakin ramai yang terpaksa berpindah ke tempat selamat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Gong Kemuntong, di sini, Mat Noor Mat Din berkata sejak pagi tadi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan mangsa dari beberapa buah kampung sekitar Jerteh untuk ke pusat pemindahan banjir di Masjid Hadhari, Jerteh.

"Kebanyakan mangsa terdiri daripada penduduk kampung sekitar bandar Jerteh seperti Kampung Cabang Tiga, Mak Sara, Tandak dan Gong Kemuntong," katanya.

Tags / Kata Kunci: Banjir , Pengorbanan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan