Banjir Kilat Di Laluan Ke Hospital Hulu Terengganu, Kakitangan Naik Jentolak

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 10:44 AM

Sebuah jentera pengorek membantu beberapa penduduk kampung yang balik dari kerja untuk pulang ke rumah mereka meredahi banjir apabila air sungai Tersat, Kampung Bukit Gemuroh melimpah akibat hujan lebat sejak awal pagi di sini,Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lima puluh kakitangan Hospital Hulu Terengganu terpaksa menaiki jentolak yang disediakan Bilik Gerakan Bencana Pejabat Daerah Hulu Terengganu untuk pergi bekerja apabila laluan ke hospital itu mula dinaiki air awal pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata setiap tahun laluan ke hospital itu akan dinaiki air dari kedua-dua arah apabila hujan lebat berterusan dalam tempoh yang lama.

"Saya ada meminta agar disediakan trak supaya lebih ramai dapat dibawa ke hospital tetapi dimaklumkan ia agak berbahaya kerana arus yang deras dan adalah lebih selamat menaiki jentolak.

"Bagaimanapun sekiranya ada kes kecemasan yang memerlukan pesakit dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu atau pesakit dari hospital itu dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, kami terpaksa juga gunakan lori dan ambulans pula akan menunggu di jalan terdekat yang masih boleh dilalui," katanya ketika dihubungi Bernama sebentar tadi. 

Sehubungan itu, beliau menyarankan pelawat yang datang ke Hospital Hulu Terengganu hanya berbuat demikian sekiranya ada urusan yang sangat penting  sahaja, memandangkan pergerakan ke hospital itu agak terbatas ketika ini.

Dr Mohammad berkata bagi pesakit yang tidak terlalu kritikal, mereka masih boleh dirujuk ke Klinik Kesihatan Kuala Berang atau Klinik Kesihatan Ajil yang masih boleh dilalui kenderaan ringan setakat ini.-- Bernama


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan