Jawatankuasa Khas Kenal Pasti Punca Banjir Kilat Di JB - MB Johor

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 5:35 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan segera bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap melanda beberapa kawasan di bandaraya ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh pegawai daerah Johor Bahru, dengan tumpuan diberikan terhadap usaha mengenal pasti punca banjir.

"Selepas tahu puncanya, kita akan cadangkan jalan penyelesaian. Kalau penyelesaiannya boleh (dilaksanakan) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), maka PBT harus mengambil peranan dan tanggungjawab.

"Namun, jika ia melibatkan kerajaan negeri, kita sedia memberi pertimbangan sewajarnya kepada perkara tersebut," katanya ketika menggulas kejadian banjir kilat di Jalan Wong Ah Fook dan empat lagi kawasan di Johor Bahru petang Isnin.

Mohamed Khaled ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke beberapa tempat termasuk di Kampung Bakar Batu, Permas dalam Parlimen Johor Bahru, Selasa.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) bersama Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abd Samad (kanan) melawat Kampung Bakar Batu pada Selasa susulan banjir kilat yang melanda bandaraya Johor Bahru.

Dalam kejadian semalam, sebanyak 67 mangsa daripada 13 keluarga terpaksa dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Permatang, Kempas di sini setelah rumah mereka dinaiki air kira-kira 0.5 meter. 

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor Bahru, kawasan yang turut terjejas selain daripada Jalan Wong Ah Fook ialah sekitar pasar raya Kipmart, Tampoi; Jalan Bakar Batu, Permas; Jalan Tebrau dan Permatang Kempas. 

Sebanyak 25 lelaki, 26 wanita, 15 kanak-kanak lelaki dan perempuan serta seorang bayi lelaki, dipindahkan ke pusat penempatan sementara, bagaimanapun kesemua mereka sudah dibenarkan pulang pagi tadi selepas air surut.

Sementara itu, Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas, berkata menerusi lawatan itu, beliau dapat mengenal pasti masalah dan keperluan rakyat. 

Contohnya, beliau berkata dalam pertemuan dengan penduduk Kampung Bakar Batu, beliau dimaklumkan tentang keperluan membina sebuah masjid dan sekolah agama baharu rentetan daripada pertambahan penduduk, selain penduduk memohon dibina jalan alternatif dari kampung itu menuju ke Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL).

Dalam pada itu, Mohamed Khaled menyatakan komitmen untuk melakukan lawatan serupa ke setiap kawasan Parlimen bagi menyelesaikan sendiri permasalahan dihadapi rakyat.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: JB , Khaled Nordin

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan