Banjir Terengganu: 24 Sekolah Ditutup Esok

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 9:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir yang dilihat semakin meruncing di Terengganu menyebabkan 24 sekolah di empat daerah terpaksa ditutup pada Rabu.

Daripada jumlah itu, 12 sekolah terletak di Hulu Terengganu, 10 di Setiu dan masing-masing satu di Besut dan Kemaman.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata kesemua sekolah berkenaan terpaksa ditutup kerana laluan ke sekolah dinaiki air dan ada sekolah yang turut dilanda banjir.

"Di Hulu Terengganu, penutupan melibatkan sembilan sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Mengkawang, SK Padang Setebu, SK Cheting, SK Lubuk Periuk, SK Bukit Tadok, SK Padang Setar, SK Getang, SK Menerong dan SK Kuala Jenderis.

Tiga lagi ialah sekolah menengah kebangsaan (SMK) iaitu SMK Kuala Jenderis, SMK Menerong dan SMK Tun Indera," katanya kepada Bernama.



Katanya 10 sekolah yang ditutup di Setiu ialah SK Merbau Menyusut, SK Kampung Fikri, SK Pelong, SK Sungai Las, SK Kampung Besut, SK Kampung Bukit Ulu Nerus, SK Payong Baru, SK Langkap, SK Kampung Buloh dan SK Chalok.

Di Besut sekolah yang ditutup esok ialah SK Pasir Akar dan di Kemaman melibatkan SK Padang Kubu.

Shafruddin berkata penutupan di 24 sekolah esok melibatkan 544 guru dan 4,196 murid.

"Sesi persekolahan di 21 sekolah pagi tadi terpaksa ditamatkan lebih awal secara berperingkat apabila kawasan sekitar mula dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak malam semalam.

Tiga lagi sekolah pula memang dijadualkan tutup hari ini iaitu SK Sungai Las dan SK Kampung Besut di Setiu serta SK Getang di Hulu Terengganu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Banjir

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan