Pinjam Ah Long Dengan Hanya Satu Panggilan

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 9:56 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meminjam wang daripada ah long kini menjadi lebih mudah apabila pinjaman itu boleh dibuat dengan hanya satu panggilan.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, terdapat peningkatan bagi bilangan ah long sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Persaingan bagi mendapatkan peminjam baharu semakin sengit.

"Ia kini sampai ke satu tahap di mana peminjam tidak perlu lagi berjumpa dengan ah long atau menandatangani sebarang perjanjian.

"Hanya buat panggilan kepada ah long, beri alamat untuk mereka periksa dan nombor akaun bank, dan mereka akan memasukkan wang ke dalam akaun bank," katanya dalam satu temuramah.

Berdasarkan 636 kes ah long yang diterimanya tahun lepas membabitkan hutang yang tidak dibayar berjumlah RM58 juta, hampir 70 peratus peminjam tidak pernah berjumpa secara bersemuka dengan pemberi pinjaman.

Chong berkata, ah long akan menasihatkan peminjam supaya meminjam lebih banyak wang daripada ah long lain bagi melunaskan hutang mereka terdahulu.

"Jika peminjam masih tidak dapat bayar, ah long akan meminta mereka untuk ambil lebih banyak pinjaman," katanya.

Kesannya, seorang peminjam yang pada asalnya hanya meminjam RM1,000 berdepan kesukaran untuk membayar semula, sehinggakan jumlah hutang mencecah RM10,000 akibat pelbagai kadar tinggi faedah yang terpaksa diikuti.

Ah long juga menjadi celik media sosial dengan mengiklankan perkhidmatan mereka secara dalam talian.

Menurut Chong, segelintir mereka menggunakan Facebook bagi menganggu peminjam yang tidak melunaskan hutang mereka.

"Mereka memuat naik gambar-gambar dan menunggu maklum balas daripada peminjam.

"Jika mereka masih tidak bayar, beberapa gambar membabitkan keluarga peminjam akan turut dimuat naik bagi memalukan mereka," katanya.

Chong yang berpengalaman dalam mengendalikan kes seumpama itu selama tiga dekad berkata, segelintir masyarakat masih memilih untuk meminjam wang daripada ah long walaupun mengetahui bahayanya.

Tags / Kata Kunci: ah long , Michael Chong

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan