Kembar 'Upin Ipin' Mula Bersekolah

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 4:59 PM

Hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Selabak hari ini diserikan oleh dua pasangan kembar seiras, Nur Iman Ilyanna (kiri) dan kakaknya Nur Iman Iliesya, serta pasangan Muhammad Azhad Ilham Azlin dan Muhammad Ilmie Azraie Azlin (kanan). - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Sepasang kembar seiras tahun satu, Muhammad Ilmie Azraie Azlin dan adiknya, Muhammad Azhad Ilham di Sekolah Kebangsaan (SK) Selabak di sini, dipanggil Upin dan Ipin oleh rakan-rakan bagi memudahkan mereka dibezakan.

Muhammad Ilmie Azraie berkata mereka tidak ambil peduli dengan panggilan nama watak animasi tersebut kerana telah biasa sejak prasekolah lagi.

Guru Besar SK Selebak, Normah Asran berkata panggilan Upin dan Ipin itu bukan hanya diguna dalam kalangan kawan-kawan sekelas kembar itu, namun juga oleh guru.

Selain Upin dan Ipin, sepasang lagi kembar seiras perempuan turut mendaftar di SK Selabak bersama 37 murid tahun satu yang lain iaitu Nur Iman Iliessya Ahmad Haizal dan Nur Iman Ilyanna. 

Nur Iman Iliessya yang mesra dengan panggilan kakak ketika ditemui berkata walaupun terpaksa berpisah dengan Nur Iman Ilyanna, mereka langsung tidak takut memulakan persekolahan, malah gembira mendapat kawan baharu.

"Seronok dapat kawan baharu walaupun adik di kelas sebelah. Balik rumah tetap jumpa juga," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, di Ipoh sepasang kembar perempuan yang mendaftar masuk tahun satu di SK Convent di sini ceria apabila memulakan hari pertama sesi persekolahan.

Walaupun Ainul Adawiyah Mohd Zarulhafiz dan Ainul Zinnirah ditempatkan di kelas yang berasingan, mereka tetap bersemangat untuk belajar dan berjumpa dengan ramai rakan.

"Apabila bangun pagi tadi memang rasa tak sabar hendak ke sekolah. Kami bangun awal dan dapat pakai baju dan kasut baharu," kata Ainul Adawiyah.

Bapa pasangan kembar berkenaan, Mohd Zarulhafiz Abdul Razak, 34, berharap anak kedua dan ketiganya itu dapat belajar bersungguh-sungguh sehingga memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.

Tags / Kata Kunci: Upin Ipin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan