Banjir Terengganu Meruncing, Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 4,352 Orang

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 10:25 PM

Anggota tentera memindahkan mangsa banjir dari pusat pemindahan Masjid Kampung Pasir Simpul ke Sekolah Kebangsaan Kuala Ping di Hulu Terengganu selepas masjid itu juga dinaiki air pada Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu bertambah buruk setakat pukul 9 malam Selasa dengan peningkatan jumlah mangsa seramai 4,352 orang berbanding 3,255 orang petang tadi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi Infobanjir, seramai 1,372 keluarga kini berada di 77 pusat pemindahan di enam daerah negeri itu.

Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,845 orang (576 keluarga) di 24 pusat pemindahan diikuti Besut seramai 1,476 mangsa (361 keluarga) di 23 pusat pemindahan.

Di Kemaman pula seramai 299 mangsa diikuti Setiu (443), Dungun (259) dan Marang (30).

Tags / Kata Kunci: Banjir

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan