Banjir Di Kelantan Semakin Buruk, Jumlah Mangsa Meningkat 3,774

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 11:37 AM

Kelihatan penduduk tempatan mengharungi air banjir di kampung mereka di Rantau Panjang akibat hujan lebat yang berterusan sejak Jumaat lepas. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 3,774 orang daripada 1,314 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 1,568 orang daripada 434 keluarga pada Isnin malam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Hussin berkata peningkatan ketara berlaku di jajahan Pasir Mas iaitu seramai 2,322 orang daripada 936 keluarga berbanding 241 mangsa daripada 85 keluarga.

Sebanyak 371 orang daripada 99 keluarga di Kuala Krai; 200 orang (47 keluarga) di Jeli; 533 orang (144 keluarga) di Tanah Merah; 321 orang (83 keluarga) di Machang dan 27 orang (lima keluarga) di Pasir Puteh, katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Zainuddin berkata 40 pusat pemindahan dibuka di enam jajahan terbabit bagi menempatkan kesemua mangsa bencana alam berkenaan.

Beliau berkata peningkatan jumlah mangsa banjir terutama di Pasir Mas dan Tanah Merah, berikutan air sungai dari kawasan hulu mengalir ke kawasan berkenaan, selain hujan yang kadangkala lebat masih berterusan.

Sementara itu, dua sungai utama di Kelantan melepasi paras bahaya manakala dua lagi sungai menunjukkan peningkatan paras air pagi ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my.

Dua sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah iaitu 17.31 meter (paras bahaya 16m) manakala Sungai Golok di Rantau Panjang yang mencatatkan 10.30m (paras bahaya 9m).

Sungai Galas di Dabong, jajahan Kuala Krai pula meningkat namun masih di paras berjaga-jaga iaitu 34.20m. Paras bahaya bagi sungai berkenaan adalah 38m.

Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang pula mencatatkan 32.27m (paras bahaya 35m) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai pada paras 23.44m (paras bahaya 25m). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Banjir , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan