Rombakan Pentadbiran Kerajaan Johor Berikutan Persaraan Pegawai

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 1:02 PM

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyaksikan penyerahan surat terima tugas daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim (kanan) kepada bekas Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor Azmi Rohani (kiri) pada Majlis Serah Terima Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Isnin. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan membuat rombakan beberapa jawatan peringkat tertinggi berikutan persaraan beberapa penjawat awam.

Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani berkata, jawatan itu termasuk Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) perlu diisi segera bagi melancarkan pentadbiran.

"Terdapat keperluan untuk melakukan rombakan kerana setiap kali ada perubahan dalam kedudukan peringkat tertinggi, pasti berlakunya kekosongan jawatan," katanya pada sidang media selepas majlis pengisytiharan pelantikan dan serah terima tugas Setiausaha Kerajaan Johor di Dewan Negeri di sini, Isnin.

Azmi, 51, merupakan bekas Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor.

Terdahulu pada Ahad, beliau menerima surat perlantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Johor daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Perlantikan Azmi berikutan persaraan Datuk Ismail Karim yang berkhidmat sebagai setiausaha kerajaan negeri dari 14 April 2014 sehingga 31 Disember 2016.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan