Ramai Mangsa Penipuan Pakej Umrah YBNT Dijangka Buat Laporan - Polis

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 6:26 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Lebih ramai mangsa penipuan pakej umrah yang diuruskan Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) dijangka tampil membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata setakat kelmarin pihaknya telah menerima 40 laporan berhubung kes penipuan itu yang melibatkan 4,000 mangsa dengan nilai wang kutipan sebanyak RM14.2 juta sejak 21 November lepas.

Menurut Mohd Zamri, pihaknya mendapati ramai mangsa tampil membuat laporan selepas tersebarnya berita dua suspek terlibat dengan kes tersebut ditahan minggu lepas.

"Bilangan mangsa yang membuat laporan dijangka meningkat berdasarkan senario semasa dengan lima laporan diterima kelmarin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Minggu lalu, polis mendapatkan perintah tahanan reman empat hari ke atas dua lelaki termasuk seorang pengarah bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah anjuran YBNT membabitkan kira-kira 4,000 mangsa dengan nilai jutaan ringgit.

Suspek masing-masing berusia 28 tahun dan 30-an ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Mohd Zamri berkata dua suspek utama dalam kes tersebut ada membuat tiga laporan polis kerana mendakwa menerima ugutan.

"Polis percaya ugutan tersebut dilakukan oleh mangsa yang berang kerana merasakan tertipu dan inginkan wang mereka dipulangkan," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan Seksyen 506/427 kanun sama kerana ugutan dan khianat, katanya.

Tags / Kata Kunci: pakej umrah , kes tipu , YBNT

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan