Nahas Bunga Api Bukti Kelemahan Tadbir Urus Kerajaan Selangor - Gerakan

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 10:08 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Nahas pertunjukan bunga api di Klang jelas menunjukkan kelemahan tadbir urus oleh kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan, kata Pengerusi Jawatankuasa Badan Perhubungan Gerakan negeri Datuk David Ang Chin Tat.

Beliau berkata memang tidak boleh diterima sama sekali bagi pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk tidak memohon permit untuk mengadakan pertunjukan bunga api dan mengupah operator tidak berlesen untuk mengadakan pertunjukan bunga api bagi sambutan Tahun Baru.

"Ia tidak boleh diterima sama sekali bahawa MPK, yang tugasnya adalah  mengeluarkan dan menguatkuasakan pelbagai lesen dan permit, tidak memohon permit dan mengupah syarikat tidak berlesan, sekali gus meletakkan 15,000 nyawa orang ramai menghadapi risiko," katanya dalam satu kenyataan.

Awal pagi Ahad, sebanyak 14 orang - 10 orang dewasa dan empat kanak-kanak - cedera apabila terkena serpihan bunga api apabila meletup di atas tanah di Kompleks Sukan Pandamaran semasa sambutan tahun baharu.

MPK ialah penganjur Fiesta Gegar Klang yang berlangsung dari 30 Disember hingga 1 Januari.


David Ang menegaskan bahawa kerajaan Selangor harus bertanggungjawab atas kegagalan dan kecuaian jenayah dalam melaksanakan tugasnya kepada penduduk  Selangor.

Beliau juga mendesak Exco Selangor yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan, Ean Yong Hian Wah dan mereka yang didapati bertanggungjawab atas kecuaian itu segera meletak jawatan.
Tags / Kata Kunci: nahas bunga pi , Gerakan , Fiesta Gegar Klang , MPK

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan