MB Johor Mahu Penjawat Awam Negeri Tingkat Kecekapan, Kecemerlangan

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 2:12 PM

Mohamed Khaled Nordin.

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu penjawat awam negeri sentiasa mencari jalan bagi meningkatkan kecekapan dan kecemerlangan perkhidmatan.

Beliau berkata, perkhidmatan awam bukan sahaja amanah dan tugas rasmi besar yang mesti dilunas sebaik mungkin malah merupakan tanggungjawab moral yang mesti dipikul dengan penuh rasa bangga serta semangat patriotik.

"Saya tidak ada cara yang lebih baik untuk menyatakan betapa pentingnya perkhidmatan awam yang berkesan dalam sesebuah pentadbiran. Tanpanya (perkhidmatan awam), bukan sahaja pergerakan dan penyampaian kerajaan akan tergugat, malah segala pembangunan dan proses kemajuan tidak dapat dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengiystiharan pelantikan dan serah terima tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang baharu, Azmi Rohani bagi menggantikan Datuk Ismail Karim, 62, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember lepas, di Kota Iskandar di sini, Isnin.

Mohamed Khaled berkata, perkhidmatan awam negeri yang telah wujud sejak 1855  merupakan tulang belakang serta barisan hadapan kepada pembangunan negeri.

"Pertama, kecekapan perkhidmatan awam membolehkan lebih banyak dasar dan agenda pembangunan diperkenal dan ditransformasikan secara radikal. 

"Kedua, kecekapan perkhidmatan awam boleh menjadi instrumen yang menutup segala ruang ketirisan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ketiga, kecekapan perkhidmatan awam boleh menjadi satu imej yang positif dan identiti yang baik kepada sesebuah negara," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, beliau yakin Azmi dapat memimpin perkhidmatan awam negeri dengan visi jelas sekali gus menjadikan Johor sebuah negeri berkemajuan.

Beliau berkata, Ismail pula semasa perkhidmatannya telah banyak membantu mengubah dan mencorakkan perkhidmatan awam negeri ini kepada lebih baik.

"Misalnya, ketika pentadbiran Ismail, Pelan Suara Hati Johor dan Gagasan Johor Berkemajuan yang saya usulkan, telah dilaksanakan dengan segera dan berkesan. Di bawah kepimpinan beliau juga, perkhidmatan awam Johor berjaya membantu kerancakan pembangunan di Wilayah Iskandar dan Pengerang," katanya.

Sementara itu, Azmi, 51, berkata pelantikan tersebut merupakan landasan untuk beliau terus berkhidmat kepada kerajaan negeri dengan sebaik mungkin dan meneruskan misi menjadikan perkhidmatan awam menepati kehendak rakyat.

Azmi yang berkelulusan dalam bidang pembangunan ekonomi dan pengurusan serta pembangunan sumber manusia, memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar pada tahun 1992.

Beliau pernah berkhidmat di beberapa jabatan lain termasuk Pejabat Tanah Kluang, Jabatan Pengairan dan Saliran Johor dan Pejabat Tanah Kota Tinggi. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan