Kami Ingin Tahu Punca Bunga Api Meletup - Keluarga Mangsa

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 12:49 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang anggota keluarga mangsa letupan bunga api di sini semasa sambutan ambang tahun baharu ingin tahu punca yang menyebabkan bunga api itu meletup dan mencederakan tiga anggota keluarganya.

"Kami enam sekeluarga berada di antara barisan hadapan pengunjung tetapi masih di belakang garisan keselamatan yang dipasang penganjur bila bunga api itu meletup lalu menuju ke arah kami dan orang lain," kata Mohamad Rafiq Ahmad Tarmizi, 19.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan adiknya Nur Qaseh, 8, terkena percikan api, nenek saudaranya Hanizah Abd Rashid, 48, cedera di kepala dan ibu saudaranya Diana Talaha, 31, melecur di tangan dan paha.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Seramai 14 orang termasuk kanak-kanak dilapor cedera dalam kejadian itu di padang Kompleks Sukan Pandamaran.

Mohamad Rafiq berkata, setakat ini keluarganya belum memikirkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak penganjur majlis sambutan itu.

"Pihak penganjur memberi kerjasama yang baik kepada kami sewaktu di hospital, bagaimanapun kami masih ingin tahu apakah punca bunga api itu meletup di tanah dan menuju ke arah kami," katanya. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan