Banjir Kilat: 67 Mangsa Dipindah Ke Pusat Pemindahan Di Kempas

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 10:44 PM

Banjir kilat di Jalan Wong Ah Fook, Johor Baru, petang Isnin. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Banjir kilat di Jalan Wong Ah Fook, di sini petang Isnin, bukan akibat limpahan air dari projek Sungai Segget.

Menurut kajian Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), pemaju projek itu, kejadian itu sebaliknya disebabkan hujan lebat yang berterusan selama tiga jam.

Selain itu, ia didorong faktor saliran air di Jalan Meldrum yang tersumbat akibat pembuangan sampah dan sisa makanan serta limpahan air tanah di Jalan Trus yang berpunca dari projek pembangunan sekitar.

"Aliran Sg. Segget adalah lancar berikutan sistem tebatan banjir yang sudah berfungsi dalam menampung air pasang dan taburan hujan yang lebat.

"Sistem Tebatan Banjir di bawah Pakej 2 ini telah siap sebelum 31 Disember 2016," kata IRDA dalam satu kenyataan malam Isnin.

Pada pukul 4.20 petang tadi, Jalan Wong Ah Fook merupakan antara lima kawasan di Johor Bahru yang dinaiki air setinggi 0.5 meter, memaksa seramai 67 mangsa daripada 13 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Permatang, Kempas.

IRDA menyatakan buat masa ini, jalan tersebut ditutup untuk laluan orang ramai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

IRDA juga berjanji bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam membersihkan kawasan terbabit bagi memastikan ia tidak mendatangkan kesan kepada projek Sungai Segget.

Projek Sungai Segget dimulakan pada 2013 dengan tujuan mengatasi masalah banjir yang kerap dialami di kawasan Jalan Wong Ah Fook selain mampu menarik pelancong melalui projek pemuliharan dan mencantikkan sungai.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor Bahru ketika dihubungi berkata, pusat pemindahan banjir sedia ada beroperasi sehingga 8 malam bagi menempatkan 25 lelaki, 26 wanita, 15 kanak-kanak lelaki dan perempuan serta seorang bayi lelaki.

Selain Jalan Wong Ah Fook, kawasan lain yang turut dinaiki air ialah sekitar pasar raya Kipmart, Tampoi; Jalan Bakar Batu, Permas; Jalan Tebrau dan Permatang Kempas.

Tags / Kata Kunci: IRDA , banjir kilat , pusat pemindahan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan