25 Sekolah Di Kelantan Ditutup Akibat Banjir

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 7:19 PM

Anggota Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh menggunakan bot bagi memindahkan mangsa banjir yang terdiri daripada 26 orang dari lima keluarga, dari Kampung Tok Kundor ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang Isnin. Paras air naik mendadak menyebabkan jalan yang menghubungkan kampung itu terputus. -fotoBERNAM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Sebanyak 7,011 pelajar daripada 25 sekolah rendah dan menengah di negeri ini tidak dapat menghadiri hari kedua sesi persekolahan 2017pada Isnin berikutan banjir.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam kenyataan pada Isnin, melaporkan jumlah itu membabitkan lima sekolah menengah dan 20 sekolah rendah di empat jajahan iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah dan Tumpat.


"Penutupan sekolah itu membabitkan 5,256 pelajar daripada 13 buah sekolah di Pasir Mas, 588 pelajar di enam sekolah di Kuala Krai, 953 pelajar di lima sekolah di Tanah Merah dan 214 pelajar di sebuah sekolah di Tumpat," katanya.

Menurut JPN, sekolah yang ditutup di Pasir Mas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, SK Rahmat, SK Gual Tokdeh, SK Rantau Panjang, SK Lubok Stol, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Kok Pauh, SK Sri Rantau Panjang 1, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram, SABK Diniah Bongor, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang dan SMK Tiang Chandi.

Di Kuala Krai pula melibatkan SK Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal dan SABK Saadatul Qura.

Bagi daerah Tanah Merah pula lima sekolah yang ditutup ialah SMK Ladang Kerilla, SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang dan SK Tebing Tinggi manakala di Tumpat ialah SK Pulau Beluru.

Sebanyak 788 guru dan kakitangan sekolah terlibat dengan penutupan 25 sekolah itu berikutan laluan ke sekolah ditenggelami banjir dan berbahaya, menurutnya.

Pihak JPN terus memantau perkembangan banjir dan akan memaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa sekiranya sekolah terbabit sudah boleh beroperasi.
Tags / Kata Kunci: penutupan sekolah , sekolah Kelantan , banjir

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan