Tun M Tidak Wajar Persoal Program Khas Haji 1MDB - Berita Semasa | mStar

Tun M Tidak Wajar Persoal Program Khas Haji 1MDB

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2017 5:25 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mempersoalkan Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga menyifatkan umat Islam yang terlibat dalam program itu tidak mendapat haji mabrur.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata melalui kenyataan itu, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu disifatkannya sebagai terdesak sehingga sanggup menggunakan agama dalam politik. 

Katanya Dr Mahathir tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, kerana hanya Allah SWT sahaja yang boleh menilai sesuatu amal ibadah itu sama ada boleh diterima atau tidak.

"Bukan tugas kita untuk menilai..manusia fokus pada ibadah saja..janganlah gunakan isu ini untuk kepentingan diri sendiri," katanya selepas melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Mergong di sini pada Ahad.

Dr Mahathir membuat dakwaan itu sewaktu berceramah di Taman Wira Mergong di sini baru-baru ini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan