Umat Islam Perlul Elak Fikrah Militan - Raja Muda Perlis

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2017 6:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu mendalami isu Palestin tanpa dipengaruhi pemikiran dan fikrah militan dan subversif, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamaliullail pada Ahad.

Baginda yang juga Yang diPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah langkah itu penting bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil oleh umat Islam bagi menangani isu itu tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

Menurut siaran media MAIPs hari ini, baginda bertitah demikian semasa menyaksikan majlis penyerahan sumbangan zakat MAIPs untuk asnaf Ibnu Sabil yang diamanahkan penggunaannya sebanyak RM5,000 melalui pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong dan RM5,000 lagi melalui Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou, China.

Penyerahan dilakukan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan turut disaksikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada majlis ringkas yang berlangsung di Hong Kong pada Sabtu.

Tuanku Syed Faizuddin turut mencadangkan wacana ilmu secara menyeluruh dan berterusan dilakukan dengan pemikiran terbuka tanpa emosi yang membuta tuli sehingga isu Palestin tergelincir daripada landasan realiti.

Menurut baginda, MAIPs sentiasa terbuka dalam membincangkan isu-isu umat Islam dan akan terus menjemput tokoh-tokoh di peringkat antarabangsa ke Perlis dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi kefahaman umat Islam khususnya di negeri itu terhadap realiti yang dihadapi umat Islam sejagat. 

Antara yang pernah diundang oleh MAIIPs termasuk Nouman Ali Khan, Dr Sean Folley, Dr Tariq Ramadan, Dr Bilal Philip dan para imam di masjid-masjid terkenal termasuk Masjid Nabawi, Madinah.

Program ilmu seumpama itu mendapat kerjasama jitu institusi-institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perlis dan luar negeri itu, titah baginda.

Mengenai zakat yang disumbangkan itu, baginda bertitah ia khusus untuk asnaf Ibnu Sabil atau musafir yang terputus bekalan dengan sumbangan zakat dikeluarkan mengikut garis panduan Agihan Zakat MAIPs.

Bantuan agihan Zakat Ibnu Sabil MAIPs ini boleh dipohon melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong dan juga Guangzhou, China mengikut syarat-syarat yang ditetapkan MAIPs. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan