Pertunjukan Bunga Api Terangi Ruang Angkasa KL Sambut Tahun Baharu 2017

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2017 7:20 AM

Sambutan tahun baharu di KLCC. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Percikan bunga api yang berwarna warni menerangi ruang angkasa Kuala Lumpur dan di seluruh negara ketika Malaysia menyertai dunia menyambut tahun 2017.

Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang berdiri megah Bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas menjadi tumpuan rakyat pelbagai kaum di ibu negara ketika warga kota dan rakyat asing berkumpul untuk menyambut tahun baharu.

Di KLCC, pengunjung menyaksikan persembahan konsert sebelum beramai-ramai menyertai hitungan detik tahun baharu dan bersorak "Selamat Tahun Baharu" menandakan selamat tinggal tahun 2016 yang melabuhkan tirainya.

Kawalan keselamatan yang ketat dikenakan semasa sambutan tahun baharu dengan anggota polis ditempatkan di beberapa venue sambutan dan kawasan sekitarnya.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang lain menyambut tahun baharu dengan  menyertai acara-acara keagamaan dan mengadakan sembahyang khas mendoakan semoga tahun baharu membawa kesejahteraan kepada negara dan rakyat.

Di MELAKA, persekitaran sejuk dan basah akibat hujan lewat petang tidak menghalang lebih 10,000 orang menghadiri sambutan ambang tahun baharu peringkat negeri di Dataran 1Malaysia, Klebang.

Acara anjuran Tourism Melaka itu diserikan dengan pertunjukan bunga api, persembahan kebudayaan dan kesenian serta persembahan nyanyian artis tanah air seperti Datuk Ramli Sarip dan Ito Blues Gang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron turut melancarkan kalendar pelancongan Melaka 2017 dan dalam ucapannya mengingatkan rakyat Melaka supaya memiliki semangat dan azam baharu untuk terus menempa kejayaan pada 2017.

Di NEGERI SEMBILAN, kira-kira 5,000 pengunjung memenuhi perkarangan d'Tempat Country Club di Bandar Seri Sendayan dekat Seremban untuk menyambut ketibaan
2017 anjuran Matrix Concepts Holdings Bhd yang dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.

Di PAHANG, tiada sambutan tahun baharu secara rasmi dianjurkan namun penduduk di Kuantan mengambil peluang meraikan ambang tahun baharu dengan cara tersendiri.

Di GEORGE TOWN, ribuan pengunjung membanjiri Penang Times Square di hadapan M Mall di Jalan Datuk Keramat untuk meraikan sambutan ambang tahun baharu 2017 dengan persembahan konsert, tarian dan pertunjukan bunga api.

Pengunjung dihiburkan dengan konsert bertemakan "Let's Emoji" oleh artis tempatan yang dianjurkan oleh stesen radio MY FM di Penang Times Square.

Orang ramai turut membanjir Gurney Paragon Mall di Persiaran Gurney untuk menyaksikan kemunculan penyanyi sensasi tempatan Dayang Nurfaizah dan juga persembahan tarian sebelum ratusan belon dilepaskan ke udara tepat jam 12 malam.

Kawasan lain yang menjadi tumpuan untuk sambutan tahun baharu ialah Queensbay Mall di Bayan Lepas, Straits Quay di Tanjung Tokong, Kompleks Bukit Jambul, Sunway Karnival Mall di Seberang Jaya dan Juru Auto-City di Seberang Perai.

Suasana sekitar lokasi sambutan meriah menjelang pengiraan detik 12 malam di Penang Times Square, Straits Quay dan juga Queensbay Mall apabila pengunjung berpeluang menyaksikan pertunjukan bunga api.

Di KUCHING, penduduk membanjiri sekitar kawasan Tebingan Sungai Kuching (Kuching Waterfront) untuk meraikan detik tahun baharu.

Bagi memeriahkan lagi suasana, Pertubuhan Anak Seni Bandarsah turut mengambil inisiatif menganjurkan program larian ambang tahun baharu di Kampung Bandarsah yang terletak di pinggir Sungai Sarawak.

Di IPOH, kira-kira 5,000 orang hadir pada sambutan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh yang turut menyaksikan gimik pelancaran Tahun Melawat Perak 2017 oleh Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Sambutan tahun baharu 2017 juga diadakan di beberapa tempat termasuk Lumut yang menjadi lokasi penganjuran acara Selawat Perdana.

Majlis di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan tokoh Qasidah, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf serta kira-kira 2,000 penduduk.

Di PUTRAJAYA, pengunjung yang membanjiri Dataran Putrajaya di Presint 3 dihiburkan dengan pertunjukan cahaya dan pertunjukan bunga api digital serentak detik 12 malam.

Pertunjukkan bunga api digital yang julung kali dipersembahkan itu dipancarkan ke bangunan Istana Kehakiman dan mengambil masa enam minit.

Ia diperkenalkan sempena Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) yang bermula semalam sehingga malam esok.

Di SHAH ALAM, orang ramai menyaksikan Konsert Kemanusiaan yang berlangsung sempena sambutan ambang tahun baharu peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan