Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Serangan Di Istanbul

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2017 10:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad melahirkan rasa terkejut berhubung insiden serangan di Istanbul, Turki baru-baru ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang.

Najib, menerusi catatan terbaharu beliau dalam laman Twitter, berkata Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Turki dan mereka yang terjejas dalam  serangan itu.

"Terkejut dengan insiden serangan di Istanbul. Malaysia mengucapkan takziah kepada Turki dan mereka yang terjejas," kata beliau.

Najib juga mengulangi pendiriannya bahawa dunia harus bersatu bagi memerangi insiden keganasan seperti itu.

Menurut laporan antarabangsa, sebuah kelab malam di Turki diserang oleh seorang lelaki bersenjata ketika pengunjung dalam kelab malam itu menyambut tahun baharu.

Selain 39 orang maut, sekurang-kurangnya 69 orang cedera dengan empat daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Tags / Kata Kunci: Najib Razak , Istanbul

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan