Peserta New Zealand Dinobat Miss Tourism International 2016/2017

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2017 7:43 AM

Lima peserta Miss Tourism International bergambar selepas diumumkan sebagai pemenang Miss Tourism International 2016/17. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ratu cantik New Zealand, Ariel Pearse dinobatkan sebagai Miss Tourism International 2016/2017 selepas menewaskan 59 peserta lain pada malam menjelang Tahun Baru 2017. 

Pearse dipakaikan mahkota kejuaraan oleh presiden dan pemilik Miss Tourism International, Tan Sri Danny Ooi.

Kejayaan itu membolehkan Pearse, 24, menerima biasiswa bernilai RM60,000 dari LimKokWing University of Creative Technology, wang tunai RM10,000, trofi dan hadiah-hadiah lain.

Peserta Brazil, Thaina Carolina Magalhaes Peres, 26, dinamakan sebagai Miss Tourism Cosmopolitan International 2016/2017 manakala Tasha Laraine Ross, 21, dari Australia pula diumumkan sebagai Miss Global 2016/2017.

Ximena Delgado Mendez, 20, dari Mexico diumumkan sebagai Dreamgirl of the Year International 2016/2017 dan peserta Indonesia, Dikna Faradina Maharani, 23, pula dinamakan sebagai Miss South East Asia Tourism Ambassadress 2016/2017.

Peserta negara, Ng Shin Ying, 20, pula diumumkan sebagai penerima gelaran Best in Talent. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Miss Tourism

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan