80 Panggilan Kecemasan Libat Kes 'Cincin Zakar'

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2017 7:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 80 peratus panggilan kecemasan yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat melibatkan kes "cincin zakar" tersangkut pada kemaluan lelaki bagi tempoh sejak lebih tiga tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasi jabatan itu, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima lapan kes cincin tersekat pada zakar mangsa pada tahun lalu manakala 22 kes sama pada 2015 dan 10 kes pada 2014.

Ujarnya, kebanyakan panggilan kecemasan melibatkan kes itu dibuat oleh pihak hospital.

"Kebiasaannya kes seperti ini, pihak hospital akan menghubungi kami untuk memberi bantuan kerana mereka tidak memiliki peralatan yang sesuai bagi mengeluarkan cincin daripada alat sulit," katanya.

Selain itu, Samsol berkata, cincin yang tersekat pada alat sulit lelaki sukar dibuang berbanding barangan kemas kerana alat tersebut diperbuat daripada besi yang keras.

Susulan itu, beliau menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan penggunakan cincin zakar terutamanya yang diperbuat daripada besi.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kes seorang lelaki berusia 30-an terpaksa meminta bantuan bomba selepas cincin yang digunakannya terlekat pada alat sulitnya.

Kejadian itu melibatkan 12 anggota dari dua balai bomba dan memakan masa lima jam untuk mengeluarkan cincin berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Samsol Maarif Saibani , Cincin Zakar

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan