Mesti Miliki Lesen, Berkelayakan Letup Bunga Api - Khalid

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2017 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Individu yang meletupkan bahan letupan bunga api mesti berlesen dan mempunyai kelayakan untuk melakukannya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata penganjur persembahan bunga api yang diadakan di mana-mana kawasan tidak boleh mengupah individu dengan sebarangan untuk meletupkan bahan letupan bunga api bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini akibat tidak mengikut prosedur.

"Jenis bahan letupan yang digunakan juga mesti bahan yang mematuhi piawaian dan peraturan yang telah ditetapkan.

"Inilah antara perkara yang akan dilihat oleh pihak polis sebelum meluluskan sesuatu pertunjukkan bunga api," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.

Selain itu, katanya, jarak antara peletup bahan letupan bunga api dengan orang ramai juga perlu diambil kira bagi memastikan keselamatan penonton.

Khalid diminta mengulas insiden letupan bunga api yang mencederakan 14 pengunjung ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di tapak Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang malam Sabtu.

Beliau berkata polis akan menyiasat punca Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak membuat permohonan kepada polis sebelum persembahan itu diadakan.

Katanya polis juga akan menyiasat sama ada individu yang meletupkan bunga api pada majlis itu mempunyai lesen atau sebaliknya.

MPK merupakan penganjur Fiesta Gegar Klang 2016 yang berlangsung dari 30 Disember hingga 1 Januari.

Seramai 14 orang terdiri daripada empat kanak-kanak dan 10 dewasa melecur akibat terkena letupan bunga api itu.

Difahamkan bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara dan mencederakan mereka yang berada di kawasan berhampiran.

Sementara itu, semakan yang dibuat oleh Bernama dengan polis berhubung permohonan permit oleh beberapa penganjur pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu di ibu kota malam tadi mendapati mereka mempunyai permit untuk mengadakan pertunjukan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya telah meluluskan permohonan kesemua pusat beli belah yang ingin mengadakan pertunjukan bunga api malam tadi di premis mereka.

"Sebelum permit diberikan, polis telah memeriksa kawasan yang ingin dijadikan tapak pelancaran serta meneliti bahan letupan yang akan digunakan pada majlis itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Zani menambah kata, setiap kawasan yang diteliti haruslah mempunyai jarak yang selamat dan orang awam tidak boleh mendekati kawasan yang dijadikan tapak terbabit.

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan