Unjuran Pertumbuhan 4.3-4.5 Peratus Hanya Impian Negara Maju - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2016 5:47 PM

Najib
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, unjuran pertumbuhan Malaysia pada kadar 4.3 hingga 4.5 peratus tahun ini, hanya merupakan sesuatu yang diimpikan oleh negara maju.

Beliau berkata, perubahan besar berlaku di seluruh dunia pada tahun 2016, dengan mata wang pasaran pesat membangun, termasuk Malaysia, tidak terlepas daripada kesan peningkatan nilai dolar AS.

"Anggaran kadar pertumbuhan negara kita sebanyak 4.3 hingga 4.5 peratus tahun ini hanya merupakan sesuatu yang diimpilkan oleh negara maju di Eropah dan Amerika Utara.

"Namun di sini, kerajaan terus meningkatkan komitmen untuk membangunkan masyarakat yang lebih selamat, makmur dan saksama," katanya dalam perutusan Tahun Barunya pada Sabtu.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan berjaya mengekalkan defisit bajet, inflasi dan kadar pengangguran yang rendah, selain membangunkan ekonomi yang berdaya tahan walaupun keadaan dunia yang tidak menentu.

"Rakyat Malaysia sewajarnya bangga terhadap pertumbuhan yang kita telah capai," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga perlu bangga atas laporan terkini Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memuktamadkan bahawa 'Meskipun wujud halangan, prestasi ekonomi Malaysia terus meningkat."

IMF memperakui usaha kerajaan dalam melaksanakan dasar kepelbagaian, fleksibiliti dalam kadar tukaran, dan memperkukuh pasaran kewangan.

Ia memuji pembaharuan dalam menggalakkan penyertaan pekerja wanita, meningkatkan kualiti pendidikan, meningkatkan produktiviti, melabur dalam infrastruktur serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan, katanya.

"Penilaian seperti ini adalah bebas dan dilakukan oleh pakar-pakar terkemuka dunia," kata Najib yang menambah, ini mencerminkan gambaran sebenar Malaysia.

"IMF memuji kita yang membuat 'kemajuan signifikan ke arah merealisasikan status negara berpendapatan tinggi". Inilah realitinya," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan komited sepenuhnya untuk mengurangkan beban masyarakat dalam menyediakan kehidupan yang baik untuk keluarga mereka.

Beliau menegaskan Bajet 2017 memberi perhatian khusus terhadap keperluan Kumpulan isi rumah 40 peratus terbawah (B40) dan Kumpulan 40 peratus pertengahan (M40), dengan mengumumkan pelbagai langkah untuk memastikan tiada yang ketinggalan daripada memiliki rumah mampu milik baharu, pelepasan cukai dan pakej makanan berkhasiat untk beratus ribu pelajar sekolah.

"Usaha kerajaan untuk meningkatkan kebajikan rakyat Malaysia ini disandarkan kepada komitmen dalam tadbir urus yang baik," katanya.

Najib berterima kasih kepada pelbagai individu dalam perkhidmatan awam yang meningkatkan kecekapan dan memastikan peruntukan kerajaan digunakan dengan sebaik mungkin.

"Dalam jangka panjang, pertumbuhan kita mesti berkekalan dan dikongsi secara saksama.

"Projek infrastruktur berskala besar yang dilaksanakan di seluruh negara akan membantu kita mencapai matlamat itu," katanya. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan