UiTM Nafi Keluarkan Surat Tawaran Lot Perniagaan

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2016 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan mengeluarkan surat tawaran lot perniagaan dalam kampusnya di Shah Alam seperti yang tersebar di Internet.

Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata surat yang menggunakan nama UiTM dan Naib Canselor itu adalah palsu dan universiti itu tidak terlibat dengan urus niaga berkenaan.

Beliau berkata pihaknya mengesan berlaku pemalsuan surat itu pada 23 Dis lepas apabila seorang mangsa menghubungi UiTM bagi mengesahkan surat tawaran berkenaan.

"Mangsa memberitahu beliau memperoleh maklumat tersebut melalui iklan di laman Majalah.com yang menyatakan terdapat kekosongan ruang perniagaan sebanyak 55 lot dan 15 lot daripadanya ditawarkan kepada mangsa untuk disewa di sekitar kawasan UiTM," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, Hassan berkata pihak UiTM membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam untuk tindakan selanjutnya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati apabila menerima sebarang maklumat daripada sumber tidak sahih. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: UiTM

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan