Kek Halal: McDonald's Mohon Maaf, Polisi Tetap Diteruskan

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2016 11:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: McDonald's Malaysia membuat permohonan maaf di atas salah faham berhubung notis mengenai kek hari jadi yang perlu mendapat pensijilan halal.

Bagaimanapun, rangkaian makanan segera itu berkata, ia akan tetap meneruskan polisi tersebut kerana ia perlu memastikan produk yang digunakan di restorannya mendapat pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Sebagai syarikat yang memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia, kami tidak pernah berniat untuk mendikriminasi sesiapa. Di McD, kami sentiasa mengamalkan polisi 'makanan luar tidak dibenarkan', tetapi membuat pengecualian bagi kek hari jadi kerana ia adalah penting untuk sambutan majlis istimewa.

"Bagaimanapun, bagi mengekalkan status halal kami, kami perlu memastikan kesemua produk yang digunakan di restoran kami mendapat pensijilan halal yang ditetapkan Jakim," menurut McDonald's dalam satu kenyataan di halaman Facebook pada Sabtu.

Menurut syarikat itu, ia menghargai pandangan dan pendapat semua rakyat Malaysia, yang kebanyakannya berang terhadap notis berkenaan.

"Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberikan pandangan dan pendapat mereka. Apa yang lebih penting, kami menghargai di atas keprihatinan anda dengan berkongsi pandangan bersama kami, dan kami akan terus menambah baik bagi menjadikan McDonald's sebagai tempat yang sememangnya untuk semua rakyat Malaysia," tambahnya.

Khamis lalu, McDonald's mengeluarkan kenyataan bahawa ia membuat pengecualian terhadap polisi 'makanan luar tidak dibenarkan', merujuk kepada kek hari jadi yang dibawa pelanggan.

Bagaimanapun, ia termasuk pemberitahuan bahawa kek hari jadi itu perlu mendapat pensijilan halal bagi memenuhi keperluan status halal di rangkaian makanan segera berkenaan.

Tags / Kata Kunci: McDonald

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan