Gangguan Perkhidmatan KTMB Di Pantai Timur Akibat Tanah Runtuh

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2016 5:56 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Perkhidmatan kereta api antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menghubungkan Tumpat dan Kuala Lipis dihentikan selama seminggu berikutan kejadian tanah runtuh di sembilan lokasi antara Stesen Kuala Krai dan Stesen Bukit Abu.

Pengurus Wilayah Timur KTMB, Zaid Ibrahim berkata, perkhidmatan itu terpaksa dihentikan bagi kerj-kerja baik pulih di kawasan yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh berkenaan.

"Bagaimanapun, perkhidmatan tren ekspres masih berjalan seperti biasa dengan penumpang dari Stesen Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat dan Pasir Mas akan dibawa menggunakan bas ke Stesen Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren ekspres ke bahagian selatan tanah air," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Sementara itu, mengulas mengenai kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan sebuah kereta api antara bandar dari Tumpat ke Kuala Lipis tergelincir pagi Sabtu, Zaid berkata, kejadian tersebut berlaku dekat Stesen Kuala Gris, Dabong. 

"Tren tersebut bertolak dari Stesen Tumpat pada pukul 4.30 pagi tadi menghala ke Kuala Lipis. Apabila tiba di sebuah terowong, pemandu tren mendapati berlaku tanah runtuh dan bertindak mengundurkan tren.

"Bagaimanapun, ketika sedang mengundurkan tren tersebut, tiba-tiba tanah runtuh berlaku dan menghempap tren tersebut sehingga menyebabkan ia tergelincir dari landasan," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun, kesemua 33 penumpang dan empat kru tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kesemua penumpang dan empat kru berkenaan kemudiannya berjalan kaki sejauh dua kilometer menuju ke Stesen Kuala Gris sebelum dipindahkan dengan bas ke Stesen Dabong.

"Penumpang kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis dengan sebuah lagi tren yang menunggu di Stesen Dabong untuk ke destinasi masing-masing," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: KTMB

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan