BSN Bakal Lahir 12 Jutawan Tahun Depan

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2016 8:35 PM

Barisan pemenang pada majlis Cabutan BSN SSP Disember 2016 di Square One Mall di Batu Pahat, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Bank Simpanan Nasional (BSN) membuka tirai tahun baharu 2017 dengan menawarkan peluang lebih luas kepada orang ramai untuk bergelar jutawan selepas mengumumkan kempen baharu iaitu 12 Juta Ringgit, 12 Jutawan, 12 Bulan. 

Menurut Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Frederick Siew, sepanjang tahun 2016 menyaksikan pencapaian terbaik syarikat itu apabila unjuran simpanan BSN SSP memperlihatkan peningkatan di luar jangkaan selepas berjaya mencapai jumlah RM350 juta, lebih daripada sasaran.

"Masyarakat sudah mula sedar tentang manfaat produk perbankan ini yang menawarkan ganjaran lumayan selain menggalakkan orang ramai untuk menyimpan dan secara tidak langsung memperoleh kadar keuntungan melalui simpanan mereka.

"Perkara ini terbukti apabila kami berjaya memperoleh sebanyak RM350 juta bagi tahun 2016 dan menjangkakan jumlah itu akan meningkat kepada RM500 juta pada tahun akan datang," katanya.

Frederick berkata, penyimpan yang mempunyai SSP dengan jumlah keseluruhan atau baki simpanan minimum RM3,000 dan ke atas, layak menyertai dan tersenarai dalam Cabutan Istimewa tahun depan.

“Penyimpan yang mempunyai SSP dalam satu sijil tunggal dengan jumlah minimum RM3,000 dan ke atas sudah layak mendapat “Peluang Berganda” dalam Cabutan Istimewa.

"Ini bermakna nombor atau unit SSP pelanggan sedia ada, mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang dalam Cabutan Istimewa," katanya.

Basariah Saad (tengah) ditemani keluarga selepas memenangi Cabutan Istimewa SSP bernilai RM1 juta pada November 2016, bersama Pengarah Perniagaan BSN Johor, Mohd Azian Abu Samah, Naib Presiden Kanan/Ketua Perniagaan Runcit dan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Frederick Siew.

Sementara itu, pada majlis Cabutan SSP Bulan November yang berlangsung di Square One Mall di sini, pada Sabtu, turut menyaksikan Basariah Saad, 64 tahun, diumumkan sebagai pemenang hadiah Cabutan Istimewa yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000,000.

Seorang lagi penyimpan bertuah, Ong Wei Wei dari Selangor yang berjaya memandu pulang sebuah kereta BMW 320i apabila beliau memenangi hadiah bagi Cabutan Bulanan.

Selain Cabutan Istimewa dan Cabutan Bulanan, BSN juga telah memperkenalkan Cabutan Remaja, khusus untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Khas dan Kategori Biasa.

Turut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 bagi kategori Khas adalah Nur Shamin Azmi dari Putrajaya. 

Menerusi kempen itu juga BSN mengumumkan jutawan terakhir bagi tahun ini iaitu Vernon Vincent Sta Maria dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, cabutan bulanan pula dimenangi oleh Fatimah Musa dari Terengganu yang bakal memandu pulang sebuah kereta Mercedes GLC. 

Manakala bagi cabutan remaja kategori khas dimenangi oleh Fabian Tang Hsiem Lee dari Melaka yang membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi, Ronnie Hussein yang mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk Dikoyak Waktu.

Tags / Kata Kunci: BSN , SSP

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan