2017 Paling Bahaya, Sukar Diramal - Salleh Keruak

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2016 12:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini berkata tahun 2017 "menjanjikan tahun yang paling sukar diramal dan mungkin 'berbahaya' untuk seluruh dunia".

Beliau berkata pendapat ini berdasarkan, antara lain, konflik di Timur Tengah, perang mulut antara Rusia dan Amerika Syarikat serta cerita-cerita palsu yang disebarkan mengenai Malaysia.

Menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau, Salleh berkata konflik di Timur Tengah akan meningkat menjadi satu tragedi yang tidak ada bandingannya dalam sejarah sekiranya gencatan senjata tidak dapat bertahan.

Beliau berkata perang mulut antara Rusia dan Amerika juga mengancam untuk membawa dunia kembali ke era perang dingin apabila dunia berhadapan dengan senario yang sangat serius yang boleh berakhir dengan kemusnahan.

"Harapan kami ialah dengan kedatangan tahun baharu, (Presiden Amerika yang dipilih - Donald) Trump dan (Presiden Rusia Vladimir) Putin akan duduk bersama dan menyelesaikan perbezaan mereka (Amerika dan Rusia).

Perang mulut antara Amerika-Rusia berhubung dakwaan Rusia menggodam pilihan raya presiden Amerika 2016 telah meningkat sejak beberapa hari lepas, dengan pentabdiran Obama menuduh Rusia terlibat dalam usaha memastikan kemenangan Trump sebagai presiden dalam pilihan raya itu.

Salleh berkata: "Banyak salah faham ini disebabkan persepsi dan maklumat yang salah dan kemudian berkembang menjadi konflik. Pergaduhan antara Amerika-Rusia merupakan kes berdasarkan khabar angin dan syak wasangka".

Beliau berkata Malaysia turut mengalami keadaan yang sama.

"Cerita-cerita palsu mengenai negara ini disebarkan. Ada yang kata Malaysia akan bankrap. Kemudian mereka katakan Tabung Haji akan bankrap. Semua cerita negatif dan mengelirukan ini berterusan," katanya.

Salleh berkata rakyat Malaysia cenderung untuk menerima berita palsu dan pembohongan sebagai fakta tanpa memeriksa kebenaran dan kesahihan berita berkenaan.

"Sekiranya kita mahu mengelak daripada terjerumus menjadi mangsa penipuan, maka kita perlu mengesahkan apa sahaja perkara yang diberitahu kepada kita," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Salleh Keruak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan