Tertuduh Skandal Air Sabah Fail Rayuan Minggu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2016 11:24 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Mohd Tahir Mohd Talib dan isterinya, Fauziah Piut akan memfailkan rayuan terhadap perintah ikat jamin sebanyak RM12 juta yang dikenakan terhadap mereka minggu depan.

Peguam pasangan itu, PJ Pareira berkata beliau akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 3 Januari bagi pihak Ag Mohd Tahir yang didakwa dengan 12 tuduhan anti pengubahan wang haram dan Fauziah yang menghadapi 19 tuduhan yang sama.

"Kami berhasrat untuk meneruskan perkara ini kerana ia adalah mustahil bagi anak buah saya mendapatkan jumlah wang ikat jamin mereka," katanya.

Beliau berkata, Ag Mohd Tahir dan isterinya tidak dapat mencagarkan mana-mana harta mereka yang telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ag Mohd Tahir mengaku tidak bersalah terhadap lapan tuduhan memiliki RM56.9 juta dalam bentuk wang tunai dan dalam empat akaun bank, dua tuduhan memiliki secara salah enam kenderaan mewah dan satu tuduhan memiliki secara salah 86 jam tangan berjenama mewah.

Dia juga mengaku tidak bersalah bersama-sama isterinya, Fauziah, terhadap dua tuduhan memiliki secara salah barang kemas, manakala Fauziah dikenakan 19 tuduhan memiliki secara salah barang kemas dan beg mewah serta wang RM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.

Seorang lagi tertuduh, penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah, Lim Lam Peng, 62, yang digantung tugasnya, menghadapi satu tuduhan memiliki secara salah sebuah kenderaan dan tiga tuduhan memiliki secara salah wang tunai RM2.38 juta.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Tags / Kata Kunci: Skandal Air Sabah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan