Keluarga Budak Terpotong Kemaluan Harap Dapat Bantuan Pakar

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2016 8:48 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga kepada seorang kanak-kanak lelaki yang terpotong sebahagian kemaluannya ketika bersunat berharap untuk mendapat bantuan pakar bagi melakukan pembedahan mencantumkan semula bahagian kemaluan yang terpotong.

Peguam, P. Uthayakumar yang mewakili ibu bapa kanak-kanak itu, Ali Akhbar Pakkeer Mohamad dan Rodziah Abdul Razak, berkata keluarga kanak-kanak berusia sembilan tahun itu mahu tindakan segera dilakukan memandang ia satu isu yang sensitif dan melibatkan masa depan anak mereka.

"Ibu bapa kanak-kanak ini telah diminta oleh sebuah pusat kesihatan swasta untuk merujuk kepada HKL (Hospital Kuala Lumpur) memandangkan tiada pakar yang boleh menjalankan prosedur pembedahan pencantuman organ di situ.

"Jika HKL tiada kepakaran yang boleh membantu anak itu, saya memohon bantuan HKL, pusat zakat mahupun Baitulmal supaya mendapatkan pakar di luar negara seperti di Singapura untuk menjalankan pembedahan mencantumkan semula bahagian kemaluan itu," katanya kepada pemberita di HKL, di sini Jumaat.

Uthayakumar berkata, keadaan semakin rumit apabila bahagian kemaluan yang terpotong itu sudah bertukar menjadi kehitaman.

Bapa kanak-kanak itu, Ali Akhbar berkata pada 15 Disember lepas, ketika menjalani proses berkhatan di sebuah klinik di Jalan Ipoh, doktor yang mengkhatankan anak lelakinya itu telah terpotong bahagian depan kemaluan hingga putus dan doktor itu mengaku atas kecuaiannya.

Menurutnya, doktor itu menjahit semula bahagian yang terpotong namun dilakukan secara salah dan kemudian beliau diminta doktor berkenaan untuk merujuk kepada pusat kesihatan pakar swasta yang akhirnya diminta rujuk ke HKL.

Namun, sehingga kini, katanya HKL belum memberi penjelasan mengenai keadaan anaknya itu dan tindakan yang boleh diambil untuk kes anaknya walaupun kejadian berkenaan telah berlaku lebih dua minggu.

Beliau meminta supaya HKL memberikan bantuan yang sewajarnya kerana anaknya masih kecil dan tidak mahu perkara sedemikian memusnahkan harapan dan masa depan anak kesayangan mereka.

Tambah Ali Akhbar, melalui peguamnya satu surat rasmi telah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah HKL, Datuk Dr Zainiah Mohd Zain semalam bagi mendapatkan respons. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan