Terowong Smart Dikagumi Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2016 9:46 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Selepas Menara Berkembar Petronas (KLCC), Malaysia mempunyai satu lagi projek ikonik iaitu Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart) yang dikagumi dan mendapat perhatian dunia.

Ia berjaya tersenarai sebagai antara 10 terowong hebat di dunia oleh CNN.

Terowong Smart tersenarai bersama kejuruteraan hebat lain termasuk Terowong Gotthard Base di Switzerland, Terowong Channel, Terowong Laerdal (Norway), Tokyo Bay Aqua-Line (Jepun) dan Terowong Eisenhower di Amerika Syarikat.

Terowong besar yang lain yang turut disebut ialah Terowong Spiralen (Norway), Terowong Guoliang dan Terowong Bund Sightseeing (China) dan Terowong Seikan di Jepun.

Memetik kenyataan Alun Thomas, ketua perundingan kejuruteraan terowong Ramboll, artikel yang disiarkan di laman web CNN cnn.com menjelaskan peranan dan fungsi Smart.

"Smart menggabungkan jalan raya dan sistem pengurusan air banjir. Ia boleh menampung air banjir dan kembali menjadi jalan raya dalam masa beberapa jam," jelas beliau.

Terowong sepanjang 9.7 km ini merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia dibina untuk menangani masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.

Ia juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu puncak.

Sebagai terowong lencongan air ketika banjir kilat melanda ibu negara, ia mampu menampung sehingga tiga juta meter padu air dengan mengalihkan air dari Sungai Klang di Kampung Berembang, Ampang melalui terowong ke kolam tadahan di Taman Desa, Jalan Klang Lama dan seterusnya dilepaskan secara terkawal ke Sungai Kerayong.

Tags / Kata Kunci: Terowong Smart , Smart Tunnel

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan