DBKL Sedia Bas Sekolah Percuma Untuk Anak Penghuni PPR, PA Mulai Januari

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2016 7:40 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PPR,

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan perkhidmatan bas sekolah secara percuma buat lebih 6,500 anak-anak penghuni projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) bermula 3 Januari ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, kementerian akan menyediakan 165 bas bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah yang tinggal di 74 buah PPR dan PA di sekitar ibu negara.

"Pendekatan ini bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah. Kos yang diperuntukkan untuk setiap pelajar adalah RM80," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Menurutnya, kementerian akan melantik syarikat perkhidmatan bas itu dan menanggung sepenuhnya kosnya.

Katanya, pelajar yang berdaftar menggunakan perkhidmatan bas itu mestilah berpakaian seragam sekolah semasa menaiki kenderaan itu.

Dalam pada itu, Loga Bala berkata DBKL akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1,500 setahun bagi kos penyelenggaraan perangkap minyak di premis makanan dalam lesen perniagaan berkuat kuasa 1 Januari ini.  

Beliau berkata, bayaran itu dikenakan kerana perangkap minyak di kebanyakan premis makanan tidak diselenggarakan hingga menjejaskan kualiti air sungai di ibu kota.

"Caj ini tidak membebankan kerana mengikut kiraan purata adalah sebanyak RM125 sebulan bagi setiap perangkap bersamaan RM4.10 sehari sahaja. Ia adalah pelaburan tidak ternilai bagi mencapai matlamat Sungai Nadi Kehidupan pada 2020," katanya.

Menurutnya sebelum ini, beberapa inisiatif berkaitan pembersihan dan penyelenggaraan perangkap minyak telah dilaksanakan namun, ia masih gagal menjaga kualiti air sungai. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan