Catat Nombor Kereta, Lapor Kepada SPAD - Syed Hamid

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2016 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAPORAN KHAS

PETALING  JAYA: Orang ramai dinasihatkan segera membuat laporan jika didatangi pemandu Uber atau GrabCar yang cuba memujuk mereka supaya menggunakan perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan tanpa menggunakan aplikasi tempahan secara sah.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata antara tindakan mudah dan cepat pengguna yang dapat membantu pihak penguatkuasa dalam menangani masalah ini adalah dengan mengambil nombor pendaftaran kenderaan pemandu terbabit.

“Kita akan semak, tapi kena ada nombor kereta barulah boleh kesan siapa punya kereta.

“Kemudian buat laporan cepat, kita boleh hantar orang untuk tindakan,” katanya kepada mStar Online.

Beliau mengulas pendedahan mStar Online mengenai tindakan kelompok pemandu Uber/Grab yang sanggup bertukar status menjadi ‘ulat’ untuk mendapatkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 gara-gara persaingan tinggi di lokasi berkenaan.

Portal berita ini telah menamakan kelompok pemandu ini sebagai ‘sesumpah’ bagi membezakannya dengan ‘ulat’ sedia ada, sesuai dengan sifat haiwan itu yang sering berubah-ubah mengikut persekitaran.

Menurut Syed Hamid, agak sukar untuk pihak berkuasa mengesan aktiviti licik pemandu-pemandu ini disebabkan mereka menggunakan kenderaan sendiri dan tidak mempunyai 'tanda’ khas, sama seperti teksi sapu atau ‘ulat’ sedia ada yang telah wujud sejak sekian lama.

“Pemandu e-hailing ni susah untuk kita tangkap, nanti dia mengaku ambil saudara dialah, adik-beradiklah.

“Dia punya kereta tak ada tanda, itu yang susah bagi pihak kita, tapi ini berbalik kepada sikap bertanggungjawablah,” katanya dengan nada kesal.

Syed Hamid berkata, menunggu dan memujuk penumpang jelas sekali bertentangan dengan konsep e-hailing yang diamalkan di seluruh dunia.

Justeru, beliau berkata pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas mereka, manakala pihak Uber atau GrabCar juga tidak boleh berkompromi dengan pemandu-pemandu seperti ini.

Berdasarkan tinjauan, kerakusan aktiviti ‘sesumpah’ ini, termasuk ulat-ulat sedia ada menjadi antara faktor yang menyebabkan pendapatan harian pemandu teksi KLIA  terjejas kira-kira 50 peratus.

Syarikat Uber dan Grab juga dianggarkan ‘terlepas’ sejumlah komisen apabila pemandu mereka dengan pantas akan mematikan status sebagai pemandu yang sedang bertugas sebaik sahaja mendapat pelanggan, walaupun sebelum itu nama dua syarikat itu digunakan ‘memancing’ perhatian mereka.

Sehingga berita ini ditulis, Uber dan Grab masih belum memberikan komen atau tindak balas.

Tags / Kata Kunci: Uber , GrabCar , SPAD , Syed Hamid Albar

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan