RapidKL Perkenal Tren Generasi Baharu

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 12:05 PM

RapidKL Perkenal Tren Generasi Baharu

  • 1 of 9
  • RapidKL1

    Ruang dalam serba baharu yang turut dilengkapi dengan skrin digital dan lampu LED menunjukkan destinasi perjalanan yang boleh dilihat di bahagian atas. -foto ART CHEN / The Star

  • RapidKL2

    Ruang dalam tren generasi baharu. -foto ART CHEN / The Star

  • RapidKL3

    Kemudahan ruang keutamaan bagi penumpang OKU turut disediakan dalam tren generasi baharu ini. -foto ART CHEN / The Star

  • RapidKL4

    Zon keutamaan yang disediakan memberi keselesaan kepada penumpang di kalangan warga emas atau wanita hamil. -fotoBERNAMA

  • RapidKL5

    CEO Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Ir Zohari Sulaiman memberi penerangan mengenai fungsi skrin digital yang terdapat di dalam tren generasi baharu. -fotoBERNAMA

  • RapidKL6

    Tren generasi baharu ini turut dilengkapi CCTV bagi tujuan keselamatan. -foto ART CHEN / The Star

  • RapidKL7

    Tren generasi baharu (kanan) bagi laluan Kelana Jaya mula beroperasi pada 29 Disember. -fotoBERNAMA

  • RapidKL8

    Antara penumpang terawal yang berpeluang menaiki tren generasi baharu yang mula beroperasi pada 29 Disember. -foto ART CHEN / The Star

  • RapidKL9

    Orang ramai teruja ketika menaiki menaiki tren generasi baharu yang mula beroperasi pada 29 Disember bagi laluan Kelana Jaya. -fotoBERNAMA

x
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan rel negara melakar kejayaan baharu apabila RapidKL Sdn Bhd memperkenalkan tren generasi baharu Rapid KL laluan Kelana Jaya bernilai kira-kira RM577.5 juta.

Mula beroperasi pada Khamis, tren empat gerabak tanpa pemandu ini direka oleh Bombardier Transport dengan dilengkapi ciri-ciri baharu seperti peta laluan dinamik yang menunjukkan arah perjalanan serta maklumat stesen sebelum dan selepas.

Setiap gerabak dilengkapi dengan empat unit kamera litar tertutup (CVTV) dan ruang tempat duduk khas untuk orang kelainan upaya (OKU).

Tren empat gerabak ini berupaya menampung kapasiti seramai 800 penumpang pada satu-satu masa.

Sempena perjalanan pertamanya hari ini, wakil media diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menaikinya bermula dari Stesen Ara Damansara menuju ke Stesen Ampang Park.

Perjalanan pertama itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir Zohari Sulaiman.

Menurut beliau, keseluruhan 14 unit tren Kuala Lumpur Additional Vehicle (KLAV) ini akan mampu meningkatkan kapasiti penumpang LRT Laluan Kelana Jaya sebanyak 30 peratus.

"Set tren baharu ini akan mula digunakan secara berperingkat mengikut jadual penghantaran oleh pembekal kepada kami yang dijangka diterima sepenuhnya pada pertengahan 2017," katanya.

Pada masa ini LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi dengan kombinasi tren empat gerabak dan dua gerbak dengan purata 48 unit tren setiap hari pada waktu puncak.

Tags / Kata Kunci: RapidKL , Kuala Lumpur , tren , KLAV

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan