Penumpang Buat Aduan Terus Berhubung Kesalahan Pemandu Bas - SPAD

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 12:45 PM

Datuk Che Hasni Che Ahmad

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggalakkan penumpang bas ekspres untuk membuat laporan berkaitan kesalahan dilakukan pemandu bagi menjamin keselamatan penumpang.


Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata terdapat talian hotline SPAD di setiap bas ekspres yang berfungsi 24 jam setiap hari.

"Kita memang menggalakkan penumpang untuk membuat laporan kepada SPAD terhadap kesalahan yang dikesan yang boleh membahayakan penumpang...sebab itu diletakkan nombor telefon (SPAD) di dalam bas supaya tindakan dapat diambil.

"Penumpang bagaimanapun perlu membantu dengan memberi maklumat lengkap iaitu 4 Wife dan 1 Husband iaitu when (bila), where (di mana), what (apa) who (siapa) dan how (bagaimana)," katanya.

Che Hasni berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi khas pemeriksaan bas ekspres sempena Krismas dan Tahun Baharu di Terminal Sentral Kuantan di sini, malam Rabu.

Beliau berkata, jika benar aduan yang didakwa, SPAD boleh mengambil tindakan terus dengan menghubungi pengusaha bas ekspres berkenaan.


Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua pemandu bas ekspres agar mengutamakan faktor keselamatan penumpang yang dibawa dan keselamatan nyawa pengguna jalan raya lain.

Che Hasni juga memaklumkan SPAD telah mengambil keterangan pemandu bas ekspres yang menggunakan telefon bimbit dan menghisap rokok yang rakaman videonya tersebar di laman sosial.

"Pegawai penguat kuasa juga mengambil keterangan pengarah syarikat pengendali bas itu dan keterangan pengadu. Kertas siasatan berkaitan juga telah siap diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan seterusnya," katanya.


Che Hasni berkata SPAD juga akan membuat tindakan audit khas terhadap mana-mana bas ekspres yang mempunyai banyak kesalahan, bagaimanapun enggan mengulas lanjut buat masa ini.
Tags / Kata Kunci: SPAD , Datuk Che Hasni Che Ahmad , aduan SPAD

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan