Penjara, Denda Cecah RM50,000 Jika Ambil Penumpang Tanpa Aplikasi Tempahan - JPJ KLIA

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 8:00 AM

Seorang anggota penguatkuasa memantau kegiatan 'ulat' melalui kamera litar tertutup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

(Ubah saiz teks)

LAPORAN KHAS

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merangka perancangan rapi untuk mempergiatkan pemantauan dan operasi bagi membanteras 'sesumpah' atau pemandu perkhidmatan kongsi kereta yang tidak menggunakan aplikasi tempahan mudah alih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Penularan kegiatan pihak tidak bertanggungjawab itu diakui Ketua Cawangan Seksyen Penguatkuasa JPJ KLIA, S.Sarawanan apabila pihaknya telah mengesan aktiviti teksi haram di lokasi  berkenaan.

Beliau berkata, sebanyak 85 kes dicatatkan dari Januari sehingga Oktober 2016 dan daripada jumlah itu, 12 kes membabitkan penyedia perkhidmatan kongsi kereta iaitu Uber dan GrabCar.

Walaupun jumlah kes membabitkan Uber/GrabCar adalah kecil, tetapi ia tetap tersenarai antara kesalahan serius kerana mengambil penumpang secara tidak sah.

“Menjadi satu kesalahan jika pemandu Uber/Grabcar mengambil penumpang tanpa tempahan menerusi aplikasi mudah alih.

"Jika bersabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya kepada mStar Online sambil menambah kesalahan itu di bawah Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

S.Sarawanan


Mengenai 'sesumpah' Uber dan GrabCar, beliau berkata, tangkapan setakat ini mendapati sasaran golongan itu adalah di kalangan penumpang warga asing, terutama pelancong dari Asia Barat.

Menurut Sarawanan, menjadi cabaran buat pihak berkuasa untuk mengesan 'sesumpah' Uber/GrabCar ini kerana mereka dipantau berdasarkan aplikasi mudah alih untuk tempahan dan menggunakan kenderaan biasa.

“Mereka ini berbeza dengan pemandu teksi kerana mereka tidak mempunyai permit, tetapi didaftarkan dengan perkhidmatan Uber atau GrabCar,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, operasi dibuat berdasarkan risikan dan pemantauan pihak berkuasa serta maklumat daripada orang ramai.

“Sebaik sahaja kita dapat mengesan suspek, kita akan menahan mereka.  Pemandu dan penumpang akan diasingkan untuk disoal siasat.

“Jika mereka merupakan pemandu Uber/GrabCar tetapi ketika tangkapan dibuat mereka didapati mengambil penumpang tanpa sebarang tempahan, kita akan tahan dan dakwa mereka kerana melakukan kesalahan,” ujar Sarawanan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan