Najib Ucap Takziah Atas Pemergian SM Salim

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 8:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Tan Sri SM Salim akan dikenang kerana sumbangannya dalam menyuburkan dunia seni tanah air dan warisan dunia Melayu.

Beliau memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi tersohor negara itu yang meninggal dunia pada usia 88 tahun di sini pada Khamis.

"Salam takziah kepada keluarga TS SM Salim. Allahyarham banyak sumbang jasa dalam bidang seni dan warisan Melayu. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,"kata Najib dalam catatan di laman Twitter.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini selepas solat Jumaat esok.

SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros,merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , SM Salim

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan