Kesilapan ketika Berkhatan, Budak Lelaki Hilang Kemaluan

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 9:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun kehilangan kemaluannya selepas gagal dalam prosedur penyambungan semula, menjadikan kes kesilapan berkhatan yang kedua dalam tempoh seminggu.

Menurut peguam Hindraf P Uthayakumar, kepala kemaluan kanak-kanak itu terputus ketika prosedur berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik Jalan Ipoh pada 15 Disember lalu.

Uthayakumar berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menyambung kembali kepala kemaluannya.

Walau bagaimanapun, usaha tersebut menemui kegagalan dan kemaluan kanak-kanak itu bertukar menjadi hitam yang membuatkan pihak doktor tidak mempunyai pilihan lain kecuali memotongnya.

"Lebih malang kes ini berlaku ke atas seorang kanak-kanak yang susah.  Dia sangat muda dan tidak tahu apa yang telah berlaku," kata Uthayakumar yang akan mengadakan sidang media berhubung kes ini pada Jumaat.

Pada Selasa, turut dilaporkan kepala kemaluan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpotong semasa prosedur berkhatan berasaskan laser di sebuah klinik di Taman Cheras Utama.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada kira-kira 8.15 malam pada 20 Disember lalu.

Selepas prosedur tersebut selesai, doktor memberitahu kepada bapa kanak-kanak itu bahawa dia tidak sengaja terpotong kepala kemaluan anaknya.

Kanak-kanak itu terus dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pembedahan menyambung semula kepala kemaluan mangsa.

Difahamkan, pembedahan itu berjaya.

Tags / Kata Kunci: Berkhatan , salah potong , kemaluan dipotong

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan