Rakyat Malaysia Cedera Parah Kereta Terbabas Di Hatyai - Berita Semasa | mStar

Rakyat Malaysia Cedera Parah Kereta Terbabas Di Hatyai

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 10:53 PM

Keadaan kenderaan yang dinaiki seorang rakyat Malaysia setelah terbabas serta merempuh kenderaan lain dan gerai di pusat bandar Hatyai kira-kira 3 petang waktu tempatan. Pemandu kenderaan tersebut dikenali sebagai Vincent Ooi, 47, cedera parah dalam kejadian itu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

HATYAI: Seorang rakyat Malaysia cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh lima kenderaan lain di pusat bandar Hatyai pada Khamis.

Penolong Ketua Polis Hatyai Lt Ranon Surawit berkata, kejadian yang berlaku pada 3 petang (waktu tempatan) itu turut menyebabkan empat lelaki dan seorang wanita rakyat tempatan cedera parah.

Rakyat Malaysia yang cedera parah itu katanya, dikenali sebagai Vincent Ooi,47, pemegang lesen memandu antarabangsa.

Saksi kejadian katanya melihat kereta terbabit dipandu dengan laju sebelum terbabas dan merempuh kenderaan serta gerai-gerai yang berada di sisi jalan raya itu.

Kesemua mangsa terlibat termasuk rakyat Malaysia itu telah dikejarkan ke Hospital Radyindee, Hospital Hatyai dan Hospital Universiti Songkhla Nakharin, menurutnya.

Polis masih menyiasat punca kejadian, kata Ranon. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Rakyat Malaysia , kemalangan , Hatyai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan