Gunung Baling Dicemari Sampah Sarap Ditinggalkan Pendaki

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

BALING: Keindahan Gunung Baling kini semakin hilang seri akibat pencemaran daripada tindakan tidak bertanggungjawab pendaki yang suka meninggalkan sampah di gunung berkenaan.

Lebih menyedihkan apabila gunung berketinggian 420 meter yang semakin dikenali sejak penghujung 2014 itu kerana muka bumi dan alam semulajadi yang indah serta laluannya yang mencabar, turut dicemari dengan contengan pada dinding batu besar yang terdapat pada laluan pendakian.

Muhamad Syamil Zahruddin, 14, yang tinggal berhampiran kawasan itu berkata, sampah yang ditinggalkan menyebabkan dia dan penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif mengutipnya secara sukarela.

"Setiap minggu akan ada penduduk kampung atau pendaki bertanggungjawab mengutip dan membawa turun sampah yang ditinggalkan pendaki.

"Kadang-kala ada kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) atau sukarelawan yang  mendaki sambil membersihkan laluan pendakian," katanya.

Seorang pendaki daripada kelab Qabat Gunung dan Penjejak Gunung, Mohd Jasni Omar, 40, berkata kurangnya kesedaran golongan pendaki mengenai pentingnya menjaga alam sekitar membuatkan persekitaran gunung semakin tercemar.

"Tak perlu tunggu pihak berkuasa meletakkan papan tanda memberi peringatan menjaga kebersihan kerana itu tanggungjawab dan kesedaran yang patut ada dalam diri pendaki sendiri.

"Laluan ke puncak gunung ini sangat menarik, dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti tali pemegang di laluan dan lampu panduan yang mana saya percaya seharusnya mampu menarik ramai golongan penakluk gunung untuk datang ke sini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Gunung Baling

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan