Bagan Datoh Dieja 'Bagan Datuk' Bermula 9 Januari

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 5:13 PM

Gambar fail Bagan Datuk.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ejaan baharu bagi Bagan Datoh di Perak iaitu 'Bagan Datuk' akan mula diguna semasa pengisytiharan rasmi daerah baharu itu oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada 9 Januari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata ia diputuskan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 22 November lalu.

"Sehubungan itu, jabatan dan agensi kerajaan perlu mengguna pakai ejaan baharu tersebut dalam pengurusan masing-masing," katanya pada Khamis.

Menurut Abdul Puhat, pengisytiharan bersejarah itu akan dilakukan di Dewan Sekolah Menengah Sains dekat Bagan Datoh dengan jangkaan kehadiran kira-kira 15,000 penduduk daerah itu.

Bagan Datoh secara rasmi diwartakan sebagai daerah pentadbiran yang ke-12 di Perak melalui satu warta kerajaan pada 15 Jun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 di sini Julai lalu mengumumkan Bagan Datoh dinaik taraf sebagai daerah penuh, hasil persetujuan bersama antara kerajaan negeri dengan persekutuan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Bagan Datoh , Bagan Datuk , Ipoh

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan